Ingin berniaga kurma Ajwa dari Madinah sempena Ramadan ini?

Ready stock!

“Kurma Ajwa itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.”
~Hadis Riwayat al-Tirmizi

1 pek = 200g = RM17 sahaja (harga borong)
Harga jualan = RM30

 

Peluang menjadi usahawan Kurma Ajwa dari Madinah!

Selamat datang ke dunia keusahawanan kurma dari Madinah Al-Munawarah!

Sunnah memakan kurma Ajwa setiap pagi. Sunnah juga menjalankan perniagaan. Rasulullah SAW telah mula berdagang sejak berumur 12 tahun lagi bersama bapa saudaranya Abu Talib RA. Sepanjang Rasulullah SAW berniaga hingga dewasa, kurma adalah salah satu barangan yang didagangnya. 

Kurma disebut di dalam Al-Quran sebanyak 26 kali. Buah yang terlalu banyak khasiatnya dan antara buah-buahan syurga.

Ajwa of Madinah adalah kurma premium yang diimport dari Madinah Al-Munawarah untuk anda niagakan.

SOALAN LAZIM

Berapakah modal minima untuk menjadi pengedar kurma Ajwa of Madinah?

Modal minima untuk menjadi pengedar Ajwa of Madinah adalah RM 340. Dengan RM 340, anda akan mendapat 20 pek kurma Ajwa of Madinah. Anda boleh terus mulakan perniagaan anda. 

Berapakah harga seunit pek Ajwa of Madinah

Harga 1 pek (200g) Ajwa of Madinah adalah RM17 (harga borong). Harga jualan 1 pek yang dicadangkan adalah antara RM25 hingga RM30 (76.5% untung). Namun, anda bebas meletakkan harga/tawaran anda sendiri, seperti beli 1 RM30 (untung RM13), beli 2 RM50 (untung RM16).

Perniagaan Ajwa of Madinah adalah 100% milik anda. Anda bebas meletakkan harga anda sendiri, bergantung kepada strategi perniagaan anda.

*Namun sebagai pengedar, anda DILARANG MENERBITKAN/PUBLISH HARGA KURANG DARI RM23.00 sama ada di internet atau bercetak secara terbuka. Ini adalah untuk mengawal harga dan menjaga kepentingan semua pengedar. Jika anda ingin memberi diskaun, ia boleh dilakukan tetapi secara tertutup (secara bersemuka dengan pelanggan atau whatsapp/personal message)

Bagaimanakah caranya untuk menjual kurma Ajwa of Madinah?

Terpulang kepada anda. Anda boleh menjualkannya secara offline secara kecil-kecilan di kalangan kenalan atau keluarga anda, atau mulakan laman web dan media sosial menjual kurma. Jualan dan pemasaran adalah tanggungjawab anda sebagai pengedar/usahawan. Kami sebagai pembekal akan bekalkan kurma Ajwa yang terbaik untuk anda, terus dari Madinah. 

Bagaimana jika saya ingin membeli lebih dari 20 pek Ajwa of Madinah?

Boleh. Kebiasaannya pengedar akan mengambil lebih dari 20 pek untuk dijual (RM 340 modal permulaan).  20 pek adalah pesanan minima sahaja. Jika anda inginkan lebih, anda boleh terus pre-order 40 pek (RM680) dan seterusnya. 

Anda juga dapat membeli lebih banyak lagi pada harga borong di cawangan kami di Kota Damansara, Kuala Lumpur sekiranya stok masih ada. Oleh itu, ada baiknya anda terus pre-order sahaja jumlah yang anda inginkan hari ini.

Untuk mengambil kurma yang dipesan secara borong, anda perlu datang ke Kota Damansara. 

Adakah disediakan perkhidmatan penghantaran?

Kami lebih menggalakkan anda datang ke cawangan kami untuk mengambil “Ajwa of Madinah” yang telah dipesan.

Namun, jika anda jauh dari Kuala Lumpur/Selangor, atau di Sabah/Sarawak kami boleh lakukan penghantaran kepada anda. Kos penghantaran dikenakan.

Bolehkah saya membeli kurma Ajwa of Madinah pada harga borong, dan tidak menjualnya?

Boleh, terpulang kepada anda. Namun, belian minima adalah tetap 20 pek.

Kurma boleh disimpan dan digunakan sepanjang tahun.

Kurma Ajwa adalah sangat baik untuk kesihatan dan memberi manfaat kepada anda dan keluarga.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda; 

“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut” ~Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Bolehkah saya terus datang ke Kota Damansara untuk pick-up tanpa melakukan bayaran pre-order RM 340?

Tidak boleh. Hanya pengedar yang sah (yang telah melakukan pre-order RM340 minima) sahaja akan dijemput untuk mengambil kurma yang disediakan.

Bagaimana jika kurma yang dibeli rosak?

Kami akan lakukan yang terbaik mungkin untuk memastikan kurma yang diimport adalah pada tahap kualiti yang terbaik dan tidak rosak. Namun, oleh kerana ianya adalah buah-buahan organik, di luar kawalan kami, ada peratusan yang sangat-sangat kecil yang mungkin tidak elok. Jika ini berlaku, kami akan gantikan dengan yang baru jika dilakukan dalam masa 60 hari selepas pembelian.

Saya memiliki kedai dan ingin mendapatkannya dengan kuantiti yang lebih besar, iaitu lebih 200 pek. Bagaimana caranya. Adakah mendapat lebih diskaun?

Ya, untuk pesanan melebihi 200 pek perlu berbincang dengan kami untuk custom order. Dan tentunya diskaun yang lebih baik dapat diberikan.

Bilakah perlu lakukan pre-order?

Untuk pre-order Ajwa of Madinah buat masa ini, pastikan anda melakukan booking sekarang sebelum ianya ditutup. Peluang menjadi pengedar akan ditutup apabila kami capai jumlah kuota pengedar yang telah ditetapkan untuk mengurangkan pesaingan sempena Ramadhan ini.

Bilakah saya dapat mengambil kurma Ajwa of Madinah dari showroom?

Pesanan anda akan dapat dikutip di cawangan kami di Kota Damansara, Kuala Lumpur dalam masa 2-4 hari. Kami akan hubungi anda untuk kutipan/penghantaran.

*Selepas melakukan pesanan, anda diminta untuk mengambil (atau kami hantar) Kurma Ajwa of Madinah dalam masa 30 hari. Jika tidak, kos simpanan akan dikenakan RM10 sebulan.

 



Bersedia? Lakukan pre-order minimum kurma “Ajwa of Madinah” anda dengan modal minima RM340 untuk 20 pek atau hanya RM 680 untuk 40 pek di bawah.

Bayaran boleh dilakukan melalui kad kredit/kad debit atau melalui Bank-In.

Peluang menjadi usahawan Kurma Ajwa dari Madinah pada harga terendah AKAN TUTUP MINGGU INI!

Kurma&Abaya

Kami adalah pengedar Kurma Ajwa of Madinah dan Abaya@Dubai ke Malaysia dan Indonesia.

Sebarang pertanyaan

Tel:
012-7715002 (Call/WhatsApp)

 

Showroom KL

48-3, Jalan PJU 5/21 The Strand
Kota Damansara, 47810, Selangor
Malaysia

HQ Dubai, UAE

Marina Plaza, Dubai Marina, Dubai
United Arab Emirates

Hakcipta Terpelihara © 2023 Kurma & Abaya.